Suka Cikgu Bahasa :)
Bahasa Melayu, bukannya calang-calang bahasa. Bahasa Melayu, bahasa ilmu. Bahasa Melayu, bahasa perpaduan. Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu.
Friday, July 6, 2012
Tuesday, July 3, 2012
Tajuk 5: Jenis Penilaian Bahasa
Sinopsis:
Tajuk ini membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis-jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p & p Bahasa Melayu dengan lebih berkesazn. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian;
- Formatf
- Sumatif
- Kefasihan
- Kemajuan
- Bakat dan;
- Pencapaian
Ujian formatif
- dibina untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah dipelajari.
- biasanya skop p & p tersebut dibina agak terhad dan tidak luas, berbentuk khusus dan terhad kepada unit tertentu dalam pendidikan bahasa.
- berasaskan kemahiran.
- tujuan;
- menguji kemajuan murid dalam mencapai atau menguasai subkemahiran bahasa bagi bacaan dan kefahaman.
- memperbaiki kurikulum.
- dalam penilaian bahasa, perkara yang perlu dinilai ialah;
- a) tahap penguasaan murid dalam kemahiran berbahasa.
- b) tahap penguasaan tatabahasa dengan betul, tepat dan gramatis (sempurna struktur dan sempurna makna).
- c) kematangan pemikiran murid.
- d) kepekaan pelajar terhadap nilai-nilai murni masyarakat.
- terdapat empat (4) jenis ujian bahasa yang boleh dibina, iaitu;
- membina ayat
- menyambung ayat
- membina atau menyusun perenggan
- menulis secara terkawal
- menulis secara terpimpin
Prosedur melaksanakan penilaian formatif
- Tentukan topik pembelajaran
- Hubung kait elemen-elemen dalam topik
- Bentuk soalan ujian
- Cadangan tindakan susulan
Tujuan penilaian formatif
- Memperbaiki p & p.
- Meningkatkan pencapaian murid.
- Memperbaiki kualiti dan meramal pencapaian pelajar.
- Guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa.
- Mengubahsuai pengajaran guru dan menentukan pendekatan yang lebih sesuai/ baik.
- Memberi bimbingan kepada pelajar melalui bantuan guru atau rakan sebaya.
- Pelajar lebih bersedia menduduki peperiksaan.
- Bermanfaat kepada kedua-dua belah pihak.
- Memberi motivasi.
Ujian Sumatif
- diberi atau dilaksanakan pada penghujung sesuatu kursus atau program.
- tujuan;
- mentaksir sejauh mana objektif kursus atau program telah tercapai dan sejauh mana pengetahuan dan kemahiran telah diperoleh.
- dibuat secara berterusan/ berkala.
- pencapaian murid dinyatakan dalam bentuk gred, skor atau markah dan direkod untuk simpanan sekolah dan ibu bapa.
- keputusan ujian boleh digunakan untuk merancang aktiviti dan menempatkan semula pelajar.
Ujian Kefasihan
- bertujuan menentukan setakat mana seseorang itu mengetahui dan menguasai bahasa secara keseluruhan.
- Ia tidak berdasarkan kepada kandungan tetapi lebih kepada menguasai bahasa.
- Antara bentuk aktiviti ujian kefasihan;
- penyebutan dan pengucapan
- kadar kelajuan bacaan
- Intonasi dan nada yang sesuai
- pemilihan ungkapan yang betul
- mimik muka dan posisi tubuh
- kedudukan buku yang betul
- pergerakan mata
- bacaan ikut pecahan ayat atau jeda
- perbuatan-perbuatan yang mengganggu kefasihan
Monday, July 2, 2012
Tajuk 4: Pembinaan Ujian
Sebagai guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran dan pengetahuan murid-murid, kelemahan dan kekuatan mereka dalam menguasai kemahiran berbahasa dan sebagainya.
Jom kita tinjau tajuk 4! (^_^)
Dalam diskusi atau pembacaan anda akan temui istilah-istilah yang lazim digunakan dalam pembinaan sesebuah ujian, iaitu;
a) Item
b) Stimulus
Azizi Ahmad (2009) menggariskan sembilan (9) prinsip membentuk soalan aneka pilihan:
Antaranya ialah;
Antaranya ialah;
Antaranya;
Antaranya;
Jom kita tinjau tajuk 4! (^_^)
Dalam diskusi atau pembacaan anda akan temui istilah-istilah yang lazim digunakan dalam pembinaan sesebuah ujian, iaitu;
- item
- stimulus
- stem
- opsyen
- key
- distraktor
Apakah maksud istilah-istilah tersebut?
a) Item
- Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon
b) Stimulus
- Bahan rangsangan atau bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus, boleh berbentuk grafik, rajah, jadual, perbualan dsb.
- Bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap. Soalan tersebut disebut sebagai tugasan soalan.
- Pilihan jawapan
- Pengganggu jawapan
- Jawapan yang betul kepada soalan.
Azizi Ahmad (2009) menggariskan sembilan (9) prinsip membentuk soalan aneka pilihan:
- Arahan jelas.
- Soalan dan jawapan hendaklah padat, jelas dan tidak berbunga-bunga (surat cinta bolehla...=)
- Perkataan sepunya tidak berulang dalam opsyen.
- Semua opsyen kelihatan munasabah.
- Taburan jawapan BETUL mestilah dibuat secara rawak, stabil dan seimbang.
- Opsyen perlu sama panjang atau 2 pendek 2 panjang.
- Elakkan opsyen dalam bentuk "Semua jawapan di atas" atau "Tiada satu pun jawapan yang betul".
- Aras kesukaran setara.
- Opsyen boleh disusun ikut abjad, nilai, nombor atau tahun.
- Susun opsyen dari pendek ke panjang.
- Opsyen perlu diteliti. Ellakkan opsyen wujud dalam semua jawapan.
UJIAN OBJEKTIF
- Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau mimilih satu jawapan yang betul dan paling baik.
- Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
- Dikatakan sebagai ujian objektif apabila tiada perbezaan markah apabila disemak oleh penilai yang berbeza.
- Ujian objektif melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat kosong dsb.
Kelebihan Ujian Objektif
Antaranya ialah;
- Objektif ujian lebih jelas dan tepat.
- Bebas daripada penyelewengan pemarkahan.
- Mempunyai nilai diagnostik yang tinggi.
- Dapat dimarkat (diberi. dikira markah-markah) dengan cepat.
- Boleh diperiksa dengn komputer, mesin atau orang yang tidak berpengalaman.
Kelemahan Ujian Objektif
Antaranya ialah;
- Tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat pilihan jawapan dengan tepat.
- Mempunyai kecenderungan meneka jawapan bukan berdasarkan pengetahuan.
- Calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.
- Sukar menyediakan soalan berkualiti.
- Tidak dapat mengukur keaslian jawapan dan kemahiran berfikir pelajar.
- Kurang sesuai untuk menguji kognitif peringkat tinggi pelajar.
- Kurang sesuai dilakukan secara formatif.
UJIAN SUBJEKTIF
- Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut;
- Item jenis struktur
- Item jenis esei
- Item jenis ujian
Kelebihan Ujian Subjektif
Antaranya;
- Dapat mengukur kebolehn dan kemampuan murid berfikir dengan menggunakan aras tinggi.
- Tiada kecenderungan murid meneka dan meniru.
- Mudah dibina atau disediakan.
- Sesuai digunakan untuk menguji kognitif peringkat tinggi pelajar.
- Dapat mengukur keaslian jawapan.
- Dapat mengesan kelemahan dan tahan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Kelehaman Ujian Subjektif
Antaranya;
- Perbezaan pemarkahan daripada penilai yang berlainan.
- Tidak boleh diperiksa oleh mesin atau orang yang tidak berpengalaman/ berpengetahuan.
- Lambat atau mengambil masa yang lama dalam proses pemarkahan.
- Mempunyai nilai diagnostik yang rendah.
- Bentuk tulisan dan gaya bahasa mempengaruhi pemarkahan/ penilaian.
- Memerlukan banyak masa semasa menjawab.
Sunday, July 1, 2012
Tajuk 3: Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Sebagai seorang guru, pastinya amat penting untuk mempunyai pengetahui yang mendalam mengenai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) kerana sistem pendidikan di Malaysia sememangnya terdedah kepada pendidikan berteraskan peperiksaan (exam-oriented). Disebabkan hal demikian, guru-guru di sekolah seringkali mengalami tekanan untuk menyediakan soalan yang berkualiti terutamanya untuk murid yang bakal menduduki peperiksaan umum sepertu UPSR, PMR dan SPM..
Walau bagaimanapun, guru sebagai pelaksana dasar perlu sentiasa meningkatkan integriti demi kelangsungan usaha melahirkan anak bangsa yang berkuliti sejajar dengan hasrat kerajaan ingin menuju negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, JSU merupakan cara yang baik membantu guru menyediakan soalan berkualiti.
JSU bermaksud;
- jadual atau carta dua hala yang mengandungi senarai topik dan objektif yang hendak dicapai.
- dikenali juga sebagai JPU iaitu Jadual Penentuan Tugasan.
- merupakan sebuah blue print (kerangka ujian).
- kandungan merupakan topik-topik dalam sukatan pelajaran, manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan berasaskan Taksonomi Bloom.
Fungsi JSU
- sebagai panduan untuk menggubal soalan secara terancang.
- menentukan bidang atau topik-topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuji.
- menentukan bidang dan pemberatan yang akan diberi.
- menentukan aras item dan bilangan.
- menyelaraskan aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian. Contoh (5:3:2= Mudah: Sederhana: Sukar)
- menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
- membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
- membolehkan ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.
Tujuan Pengujian
- mengesan hasil pembelajaran yang patut dikuasai.
- mengesan kemajuan yang diperoleh pelajar.
- menentukan penempatan murid mengikut kebolehan dan kemampuan.
- membolehkan tindakan susulan dilaksanakan.
Prinsip-prinsip pembinaan dan pentadbiran ujian
- tentukan tujuan
- tentukan isi kandungan
- membentuk JSU
- menulis item/ soalan
- menyemak item/ soalan
- mentadbir ujian
Langkah-langkah pembinaan JSU
1) Mengkaji Sukatan Pelajaran
- mengkaji skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk.
- mengkaji pendekatan yang boleh diambil dalam p & p.
- kepentingan bandingtara antara tajuk-tajuk.
- masa pengajaran yang diperuntukan untuk sesuatu tajuk.
2) Menganalisis objektif pelajaran
- menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji.
- menentukan tahap kesukaran yang mahu diuji.
3) Menentukan jenis item
- bergantung kepada domai objektif pengajaran yang hendak diukur sama ada kognitif, psikomotor, afektif ataupun sosial.
4) Menentukan bilangan soalan
- bilangan soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran.
- jumlah soalan boleh mempengaruhi kesahan.
- jangka masa ujian, jenis ujian, kesukaran soalan, panjang soalan, kemampuan bahasa juga perlu diambil kira.
Komponen Item
- Rangsangan
- Tugasan
- Arahan
- Peraturan/ Pemarkahan
- Pilihan jawapan
Contoh Jadual Spesifikasi Ujian UPSR
Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun
Bahasa Melayu Tahun 5
40 Soalan Objektif
Kertas 1
Bil
|
Bentuk Soalan - Objektif
|
Aras Taksonomi
|
Jumlah Item
| |||||
Topik / Aspek Bahasa
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
| ||
1
|
Morfologi – Kata kerja
|
1
|
2
|
3
| ||||
2
|
Kata nama
|
2
|
2
| |||||
3
|
Kata ganti diri
|
1
|
1
| |||||
4
|
Kata adjektif
|
1
|
2
|
3
| ||||
5
|
Kata seru
|
1
|
1
| |||||
6
|
Kata ganda
|
1
|
1
| |||||
7
|
Kata hubung
|
2
|
2
| |||||
8
|
Kata pemeri
|
1
|
1
| |||||
9
|
Kata arah
|
2
|
2
| |||||
10
|
Penjodoh bilangan
|
1
|
1
| |||||
11
|
Simpulan bahasa
|
1
|
1
| |||||
12
|
Sinonim
|
1
|
1
| |||||
13
|
Antonim
|
1
|
1
| |||||
14
|
Kata tanya
|
2
|
2
| |||||
15
|
Homonim – Kata banyak makna
|
2
|
2
| |||||
16
|
Sintaksis – Struktur ayat
|
1
|
1
| |||||
17
|
Pola ayat
|
2
|
3
|
5
| ||||
18
|
Maksud perkataan
|
1
|
1
| |||||
19
|
Memahami teks
|
1
|
3
|
1
|
2
|
2
|
9
| |
Jumlah Soalan
|
40
|
Tuesday, June 26, 2012
Tajuk 2: Taksonomi dan Domain
Gambar 1: Benjamin S. Bloom
Sebagaimana yang anda tahu, Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagikan kepada beberapa domain dan setiap domain diperincikan berdasarkan hierarkinya. Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan topik ini.
Taksonomi bermaksud tatatingkat atau aras.
Domain pula bermaksud bidang/ kawasan di bawah pemerintahan/ ranah/ kawasan.
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
- Domain kognitif
- Domain afektif
- Domain Psikomotor
Namun, kini dalam sistem pendidikan di Malaysia satu lagi domain telah diangkat menjadi domain yang penting iaitu Domain Sosial.
Domain kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam aras iaitu;
a) Pengetahuan
- Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat kembali istilah, definisi, fakta dll.
- Kata kunci: Apakah, Senaraikan, labelkan...
- Contoh: Berikut merupakan bandar-bandar yang terdapat di negeri Kedah kecuali.
- a) Sungai Petani
- b) Alor Setar
- c) Arau
- d) Kulim
b) Pemahaman
- Kemampuan membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan, peraturan dan sebagainya.
- Aras kefahaman mengandungi tiga aspek, iaitu;
- Menterjemah - menterjemah bentuk komunikasi asal kepada bentuk baharu tanpa mengubah makna asal.
- Menafsir - Menafsir idea atau mesej yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat.
- Mengekstrapolasi - Mengekstrapolasi maklumat iaitu pelajar dapat membuat telahan atau inferens tentang apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang dibri atau diterima.
- Contoh: Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan amalan gotong-royong.
- a) Setiap orang menunjukkan rasa kasih-sayang antara satu sama lain.
- b) Setiap orang saling bantu membantu dalam setiap urusan kejiranan.
- c) Setiap orang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
- d) Setiap orang prihatin dengan masalah jiran.
c) Aplikasi
- Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki keupayaan dan kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi, rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.
- Kebolehan menggunakan maklumat.
- Mengikut Bloom, pelajar dikatakan menguasai peringkat ini apabila mereka dapat;
- Menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah baharu.
- Menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.
- Menjelaskan fenomena baharu dengan menggunakan prinsip yang dipelajari.
- Kata kunci: Gunakan, pilih, buatkan, tunjukkan, jelaskan berserta contoh, kirakan dll.
- Contoh soalan: Sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik, nyatakan peranan anda terhadap negara.
- a) Menghormati masyarakat yang berbilang kaum.
- b) Mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
- c) Menyemai semangat patriotisme dalam diri orang lain.
- d) Menghormati undang-undang negara jiran.
d) Analisis
- Pada tahap ini, seseorang akan mampu membuat analisis maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sesebuah senario yang rumit.
- Ringkasnya, analisis melibatkan aktiviti menyenaraikan elemen-elemen, mengkategori, memisahkan maklumat dll.
- Tiga (3) jenis analisis iaitu;
- Analisis unsur
- Analisis hubungan antara unsur
- Analisis prinsip organisasi unsur
- Kata kunci: Mengapa, kenapa, apakah faktor dll.
- Contoh soalan: Apakah punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran air.
- a) Pembebasan gas karbon monoksida dari kenderaan.
- b) Membuang sampah di merata-rata tempat.
- c) Melepaskan sisa toksid ke dalam sungai.
- d) Pembakaran secara terbuka.
e) Sintesis
- Seseorang pelajar pada tahap ini akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.
- Gabungan - mencantumkan elemen-elemen.
- Keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen lebih jelas.
- Kata kunci: hasilkan, tuliskan, cadangkan, ringkaskan, bincangkan, rumuskan, karangkan dll.
- Contoh soalan: Lengkapkan pantun di di bawah
- Tanjung Talang di pinggir sungai
- ________________________
- Hati kepalang hajat tak sampai
- ________________________
- Contoh lain: "Jumlah pendatang tanpa izin ke negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun". Berdasarkan pernyataan tersebut, cadangkan usaha yang dapat membendung masalah tersebut daripada terus berleluasa.
- a) Meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan.
- b) Memberikan hukuman berat kepada pendatang tanpa izin yang ditangkap.
- c) Membuat aduan kepada Perdana Menteri Malaysia.
- d) Mempergiatkan kempen anti-PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin)
f) Penilaian
- Kemampuan membuat penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
- Keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria.
- Kata kunci: Nilaikan, tafsirkan, tentukan, cadangkan, kritikan, sokongan, bangkangan, bincangkan dll.
- Contoh soalan: Wajarkah hukuman rotan dikuatkuasakan kembali untuk mengatasi masalah disiplin murid.
- a) Wajar, kerana murid-murid sekarang terlalu degil.
- b) Wajar, kerana murid-murid sekarang terdedah kepada masalah gejala sosial.
- c) Tidak wajar, kerana memudaratkan diri murid.
- d) Tidak wajar, kerana tindakan tersebut sungguh kejam.
Domain psikomotor
- Persepsi
- Persediaan (Set)
- Respon terpimpin
- Mekanisme
- Respon tampak yang kompleks (Complex Overt Respons)
- Penyesuaian (Adaptation)
- Penciptaan (Origination)
Domain Krathwohl (David Krathwohl)
- Domain afektif
- Penerimaan (Receiving/ Attending)
- Tanggapan (Responding)
- Penghargaan (Valuing)
- Pengorganisasian (Organization)
- Perwatakan berdasarkan nilai-nilai (Characterization by the values)
Monday, June 18, 2012
Pengujian, Pengukuran, Pentaksiran & Penilaian
Ujian & Pengujian
Apakah perbezaan ujian dan pengujian?
Ujian merupakan suatu bahan atau alat tertulis yang dibina oleh guru untuk menguji kemahiran berbahasa.
Contoh:
- Ujian Kloz - Ujian kefahaman membaca
- Ujian Imlak - Ujian kemahiran mendengar
Ujian ialah prpsedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan satu sistem yang berkategori. (Cronbach, 1970)
Pengujian pula merupakan;
- Proses menguji sesuatu kemahiran berbahasa atau;
- Proses sesuatu alat sedang ditadbir.
- Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar
Pengukuran ialah;
- Proses memperuntukkan nombor kepada sesuatu secara kuantitatif. (Mokhtar Ismail, 2002)
- ContohL Markat/ markah pelajar, jumlah berat badan, jumlah ketinggian dll.
- Proses mendapatkan penjelasan secara numerik (angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai ciri-ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu.
Ciri-ciri pengukuran;
- Boleh dibuat atau dilaksanakan tanpa menggunakan alat pengujian.
- Menggunakan kaedah (alat)
- Tidak bersifat mutlak
- Hasil pengukuran diwakilkan dengan sesuatu angka.
Pentaksiran
Pentaksiran ialah;
- Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman dan pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
- Dalam konteks pendidikan; pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran. (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)
Aspek-aspek utama pentaksiran;
- Instrumen
- Kumpulan yang ditaksir (kumpulan sasaran)
- Respon (proses menguji @ pengujian)
- Kumpulan penaksir (penguji)
- Skor (pengukuran)
Penilaian
Penilaian merupakan;
- Proses mengenal pasti, memperoleh dan mentafsir maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan dalam membuat keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
- Proses mentafsir atau memberi nilai yang bercorak kualitatif tentang sesuatu kemahiran bahasa berdasarkan jumlah markah pencapaian hasil daripada pengukuran yang telah dilakukan secara kuantitatif. (Abdul Aziz Abdul Mutalib, 1993, p.5)
Proses penilaian;
- Penentuan objektif/ ukuran
- Mendapatkan maklumat dan memproses maklumat/ analisis ukuran
- Membuat kesimpulan/ menyatakan nilai @ menginterpretasi ukuran
Proses mentafsir perlu berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu.
Kesimpulan
- Penilaian adalah langkah yang terakhir untuk mendapatkan keputuasan.
Berikut merupakan langkah-langkah membuat keputuasan/ penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)