Tuesday, June 26, 2012

Tajuk 2: Taksonomi dan Domain

Gambar 1: Benjamin S. Bloom

Sebagaimana yang anda tahu, Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.  Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl.  Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagikan kepada beberapa domain dan setiap domain diperincikan berdasarkan hierarkinya.  Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan topik ini.

Taksonomi bermaksud tatatingkat atau aras.
Domain pula bermaksud bidang/ kawasan di bawah pemerintahan/ ranah/ kawasan.

Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
  1. Domain kognitif
  2. Domain afektif
  3. Domain Psikomotor
Namun, kini dalam sistem pendidikan di Malaysia satu lagi domain telah diangkat menjadi domain yang penting iaitu Domain Sosial.

Domain kognitif

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam aras iaitu;

a) Pengetahuan
  • Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat kembali istilah, definisi, fakta dll.
  • Kata kunci: Apakah, Senaraikan, labelkan...
  • Contoh: Berikut merupakan bandar-bandar yang terdapat di negeri Kedah kecuali.
      • a) Sungai Petani
      • b) Alor Setar
      • c) Arau
      • d) Kulim
b) Pemahaman
  • Kemampuan membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan, peraturan dan sebagainya.
  • Aras kefahaman mengandungi tiga aspek, iaitu;
      • Menterjemah - menterjemah bentuk komunikasi asal kepada bentuk baharu tanpa mengubah makna asal.
      • Menafsir - Menafsir idea atau mesej yang disampaikan dalam bentuk tersurat atau tersirat.
      • Mengekstrapolasi - Mengekstrapolasi maklumat iaitu pelajar dapat membuat telahan atau inferens tentang apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang dibri atau diterima.
  • Contoh: Berdasarkan petikan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan amalan gotong-royong.
      • a) Setiap orang menunjukkan rasa kasih-sayang antara satu sama lain.
      • b) Setiap orang saling bantu membantu dalam setiap urusan kejiranan.
      • c) Setiap orang saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
      • d) Setiap orang prihatin dengan masalah jiran.
c) Aplikasi
  • Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki keupayaan dan kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi, rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.
  • Kebolehan menggunakan maklumat.
  • Mengikut Bloom, pelajar dikatakan menguasai peringkat ini apabila mereka dapat;
      • Menentukan prinsip yang sesuai dalam menyelesaikan masalah baharu.
      • Menentukan had setakat mana prinsip itu boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.
      • Menjelaskan fenomena baharu dengan menggunakan prinsip yang dipelajari.
  • Kata kunci: Gunakan, pilih, buatkan, tunjukkan, jelaskan berserta contoh, kirakan dll.
  • Contoh soalan: Sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik, nyatakan peranan anda terhadap negara.
        • a)  Menghormati masyarakat yang berbilang kaum.
        • b) Mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
        • c) Menyemai semangat patriotisme dalam diri orang lain.
        • d) Menghormati undang-undang negara jiran.
d) Analisis
  •  Pada tahap ini, seseorang akan mampu membuat analisis maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sesebuah senario yang rumit.
  • Ringkasnya, analisis melibatkan aktiviti menyenaraikan elemen-elemen, mengkategori, memisahkan maklumat dll.
  • Tiga (3) jenis analisis iaitu;
    • Analisis unsur
    • Analisis hubungan antara unsur
    • Analisis prinsip organisasi unsur
  • Kata kunci: Mengapa, kenapa, apakah faktor dll.
  • Contoh soalan: Apakah punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran air.
        • a) Pembebasan gas karbon monoksida dari kenderaan.
        • b) Membuang sampah di merata-rata tempat.
        • c) Melepaskan sisa toksid ke dalam sungai.
        • d) Pembakaran secara terbuka.
e) Sintesis
  • Seseorang pelajar pada tahap ini akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.
  • Gabungan - mencantumkan elemen-elemen.
  • Keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen lebih jelas.
  • Kata kunci: hasilkan, tuliskan, cadangkan, ringkaskan, bincangkan, rumuskan, karangkan dll.
  • Contoh soalan: Lengkapkan pantun di di bawah
        • Tanjung Talang di pinggir sungai
        • ________________________
        • Hati kepalang hajat tak sampai
        • ________________________
  • Contoh lain: "Jumlah pendatang tanpa izin ke negara ini semakin meningkat dari tahun ke tahun".  Berdasarkan pernyataan tersebut, cadangkan usaha yang dapat membendung masalah tersebut daripada terus berleluasa.
        • a) Meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan.
        • b) Memberikan hukuman berat kepada pendatang tanpa izin yang ditangkap.
        • c) Membuat aduan kepada Perdana Menteri Malaysia.
        • d) Mempergiatkan kempen anti-PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin)
f) Penilaian
  • Kemampuan membuat penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
  • Keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria.
  • Kata kunci: Nilaikan, tafsirkan, tentukan, cadangkan, kritikan, sokongan, bangkangan, bincangkan dll.
  • Contoh soalan: Wajarkah hukuman rotan dikuatkuasakan kembali untuk mengatasi masalah disiplin murid.
        • a) Wajar, kerana murid-murid sekarang  terlalu degil.
        • b) Wajar, kerana murid-murid sekarang terdedah kepada masalah gejala sosial.
        • c) Tidak wajar, kerana memudaratkan diri murid.
        • d) Tidak wajar, kerana tindakan tersebut sungguh kejam.
Domain psikomotor

  1. Persepsi
  2. Persediaan (Set)
  3. Respon terpimpin
  4. Mekanisme 
  5. Respon tampak yang kompleks (Complex Overt Respons)
  6. Penyesuaian (Adaptation)
  7. Penciptaan (Origination)
Domain Krathwohl (David Krathwohl)
  • Domain afektif
    • Penerimaan (Receiving/ Attending) 
    • Tanggapan (Responding)
    • Penghargaan (Valuing)
    • Pengorganisasian (Organization)
    • Perwatakan berdasarkan nilai-nilai (Characterization by the values)




No comments:

Post a Comment